Aku terima berita dari mu Kau akan kembali seperti yang diduga Bertahun berlalu kau berada dirantau Kau akan kembali ke pangkuan ibunda Sawah terbentang dan padi menguning Daun nyiur melambai angin timur membelai Riak air di kali bagaikan bersedia Membasuhi tubuh mu dari debuan kota Sayup-sayup terdengar merdu suara seruling Mendendangkan lagu anak desa Kau pergi dahulu kerana dah jemu Kau telah impikan satu hidup baru Pahit manis seorang kembara Segalanya telah kau rasa Desa nan permai setia menunggu Tiada bezanya seperti masa dulu Namun kami semua tiada pernah jemu Segalanya indah selalu